u/Melo_Meggi

▲ 1.2k r/Bolehland

Kota Bharu: Penuntut kolej yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Ketereh tengah malam semalam dipercayai dibunuh dalam kereta sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa berusia 19 tahun yang berasal dari Perak itu sempat keluar makan dengan dua suspek yang ditahan secara berasingan, kelmarin.

Sumber berkata, mangsa yang tinggal di sebuah kondominium dikatakan keluar pada sebelah siang bersama seorang suspek dengan menaiki kereta Honda City sebelum dihantar pulang semula ke kediamannya.

"Pada sebelah malam pula, mangsa dikatakan keluar makan dengan seorang lagi suspek dipercayai suspek utama yang juga penuntut sebuah Kolej Vokasional dengan menaiki kereta Perodua Bezza.

"Mereka dikatakan makan di sebuah kedai di Wakaf Bharu, Tumpat dan mangsa dikatakan sempat memuat naik status makanan di WhatsApp sekitar jam 11 malam sebelum mayatnya ditemukan dengan 61 tikaman jam 12.30 tengah malam itu," katanya.

u/Melo_Meggi — 12 days ago
▲ 203 r/Bolehland

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek turut mempunyai rekod berkaitan ugutan jenayah dan menyembunyikan kelahiran.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah berkahwin sebanyak sembilan kali dan ketika ini mempunyai tiga isteri serta 11 anak.

Tambahnya, suspek dipercayai menyasarkan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap, kebanyakannya dalam kalangan penjawat awam.

“Mangsa mendakwa telah beberapa kali dipukul atas alasan remeh seperti lambat mandi, menunjukkan suspek seorang yang panas baran.

“Wanita itu dipukul termasuk menggunakan beberapa objek seperti penyangkut baju dan batang besi langsir sehingga mengalami kecederaan parah seperti patah tulang rusuk kiri dan kanan serta tulang belakang,” katanya.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat sepanjang tempoh mangsa dipukul sehingga abangnya tampil membuat laporan pada Jumaat lalu, sebelum mangsa sendiri membuat laporan susulan pada Ahad.

u/Melo_Meggi — 15 days ago